Nebula Carina
Nebula Carina

Nebula Carina

Koordinat: 10h 45m 08.5s, −59° 52′ 04″Nebula Carina (juga dikenali sebagai Nebula Agung Carina, Nebula Carina Rta, atau NGC 3372) ialah sebuah nebula cerah yang mengelilingi beberapa bintang gugusan terbuka. Dua daripada bintang terbesar galaksi kita, Eta Carinae dan HD 93129A, terangkum dalam nebula ini. Nebula Carina dianggarkan terletak antara 6,500 dan 10,000 tahun cahaya dari Bumi. Ia kelihatan dalam buruj Carina, dan terletak pada Lengan Carina–Sagittarius. Nebula ini mengandungi berbilang bintang jenis-O.Nebula Carina merupakan satu daripada nebula resap yang kelihatan di langit. Walaupun ia lebih kurang empat kali ganda lebih besar dan lebih cerah daripada Nebula Orion, nebula ini kurang terkenal kerana kedudukannya di Hemisfera Selatan. Ia ditemui dari Tanjung Harapan oleh Nicolas Louis de Lacaille pada tahun 1751–52.

Rujukan

WikiPedia: Nebula Carina http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap080617.html http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap081201.html http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap990719.html http://www.eso.org/public/outreach/press-rel/pr-20... http://hubblesite.org/newscenter/archive/releases/... http://www.seds.org/messier/xtra/ngc/n3372.html http://www.spacetelescope.org/images/archive/frees... http://server1.wikisky.org/starview?object=Nebula+... http://www.wikisky.org/?object=Nebula+Carina http://www.wikisky.org/?object=Nebula+Carina&img_s...